Thursday 14 April 2011

Jenis-jenis Seni Tari yang Terdapat di Malaysia



Malaysia, sebuah negara harmoni yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama memiliki keunikan seni tarian yang tersendiri.
Di sini, kami ingin berkongsi beberapa jenis tarian yang menjadi kebanggaan semua warga Malaysia.

1. Tarian Zapin


Tarian yang terkenal di negeri Johor ini dikatakan telah dibawa masuk dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Zapin telah dijadikan tarian hiburan di istana. Pada masa itu, negeri Johor telah menggantikan peranan Melaka sebagai pelabuhan entreport pada abad ke-16. Tarian ini mementingkan pergerakan berkumpulan. Antara alat muzik yang mengiringi tarian zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas.



Sumber foto: http://www.pantheraboy.blogspot.com/


Video Persembahan Tarian Zapin Hanuman



2. Tarian Singa


Tarian Singa merupakan sejenis tarian tradisional kaum Cina.Tarian ini biasanya ditarikan semasa perayaan-perayaan kebesaran masyarakat Cina seperti Tahun Baru Cina. Kaum Cina mempercayai bahawa tarian ini boleh membawa tuah. Ditari oleh 2 orang dan diiringi oleh alat muzik seperti gendang, gong & dentuman bunga api. Banyak menggunakan warna-warna yang dikatakan bertuah seperti warna merah, jingga & kuning.





Video Persembahan Tarian Singa





3. Tarian Bharata Natyam

Tarian Bharata Natyam merupakan tarian tradisional kaum India. Tarian tradisi ini memerlukan latihan bertahun-tahun untuk menguasainya. Terdapat enam peringkat persembahan ini iaitu Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di Selatan India.



Video Persembahan Tarian Bharata Natyam




4. Tarian Kuda Kepang


Diwarisi dari Jawa, tarian ini turut memngandungi pengaruh Islam. Pakaian penari-penarinya diadaptasi daripada kebudayaan Jawa. Unsur Islam terserlah jelas pada jalan cerita tarian ini kerana ia mengisahkan situasi peperangan pada zaman Nabi Muhammad dan para sahabat baginda. Tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam untuk menarik perhatian penduduk setempat datang beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan berdakwah sebelum atau selepas persembahan tarian kuda kepang.








Sumber foto : budayaftmelayu.blogspot.com




Video Persembahan Tarian Kuda Kepang





5. Tarian Sumazau


Tarian yang terkenal di Sabah ini merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan sempena perayaan Tadau Kaamatan atau Hari Menuai yang diraikan pada hujung bulan Mei setiap tahun.


Pergerakan tarian ini adalah ilham daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan oleh para petani yang berehat di sawah pada musim menuai.


Tarian ini ditarikan sebagai tanda kesyukuran, menolak bala, menyemah semangat dan mengubati penyakit.


Kini tarian sumazau banyak dipersembahkan sempena majlis perkahwinan dan majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan.


Sumber foto: kotabelud.pid.net


Video Persembahan Tarian Sumazau